Saturday, 11 January 2014

Resepi Mee Kari

Mee Kari merupakan salah satu makanan yang popular bagi penduduk di Malaysia. Ianya juga makanan kegemaran admin sendiri. Mee Kari ini boleh dikatakan evegreen food la kat Malaysia ni, tak kira lah musim hujan ke, musim panas ke, pasti ada sahaja yang akan menyediakan hidangan ini. Penyediaanya agak simple tetapi sangat enak dimakan. :-)

Saiz Hidangan : 2-4 Orang

Resepi Mee Kari : Bahan Kuah
> Ketulan ayam yang telah dipotong
> 10 - 15 ekor udang (pastikan ianya dibersihkan terlebih dahulu)
> fish ball (cari yang halal)
> fish cake (cari yang halal)
> 1 kotak santan di campur air sebanyak 1-2 cawan (kepekatan boleh diubah mengikut citarasa) 
> 1 paket kecil rempah kari daging/ayam baba’s  dan dicampurkan dengan sedikit air.

Bahan A
> Bawang merah, 3 ulas (dikisar)
> Bawang putih, 2 ulas (dikisar)
> Kayu manis, 1 batang
> Bunga lawang, 1 kuntum
> Buah pelaga, 2 biji
> Bunga cengkih, 2 kuntum
> Cili kering, 5 biji (dikisar bersama bawang putih dan bawang merah)
> Buah keras, 2 biji (ditumbuk halus)

Bahan Lain
> Mee kuning, 1 kg (cuci, celur sekejap, dan toskan)
> Taugeh, (dicelur sekejap)
> sawi (dicelur sekejap)
> taupok 
> Bawang goreng  
> Belahan limau kasturi

Resepi Mee Kari : Cara-Cara
1. Panaskan minyak dalam periuk terlebih dahulu, kemudian tumiskan bahan-bahan A sehingga harum.
2. Seterusnya masukkan bahan-bahan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan.
3. Masukkan ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap, masukkan udang dan kemudian masukkan santan biar hampir mendidih.
4. Masukkan fish cake dan fish ball.
5. Bila mendidih, masukkan garam dan rasa lah sedap ke tidak.
Bila nak makan nanti, tuangkan kuah ke atas mee yang telah di hias dengan taugeh, sawi, taupok dan bawang goreng. boleh perah limau kasturi kalau nak lagi sedap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...